counting days....

Lilypie Angel and Memorial tickers

Da "Atm0SphEre"

MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com MyEm0.Com

Monday, May 31, 2010

Bulan tak bisa tumbuh ditaman..uish,,,


wee...nak lepas gian rindu kat korg2 sume...
pekabo korg? keke.. arini aku nak cter pasal korg kat blog ni.. kekeke.... jangan marah ya~ weee
ktoowg sume ni dak kelas 404/07 and also 504/08... aka kelas 4/5D & 4/5Ibnu Sina 4.. banyak sangat kot kelas kat MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin... ade 18...so, we're the forth!!.. (bangga~)
banyak perkara telah belaku dalam kelas ni... yang paling x menahannye...membe2 kelas slalu bertuka.. so, kepada ex-membe or yg should jd membe tp x jadi2... sori rr beb.. x dpt nak citer sgt pasal korg.. huhuhuhuh
(eg: shazmeer, paan, wahida, asri, bha, syazwan noh, syazwan firaun, shafiq iqbal,... alamak...sape agi ae?? huhuh lupa!)

dalam kelas ni, da latest membe nyew cume 22 org jek... 11 laki2, 11 gurls.... hohoho...so0o sweet~ tyme form 4, nasir pres..diba vice... bile dah form 5, tuko plak... asrul pres..umai vice... dowg best sgt!!! klako rr tgk dowg pk kan hal2 kebajikan kelas..(mcm slalu pk jek plak kan?).... thanx korg!!!

plus... ktoeg ade rmi cgu2....sume hebat2 blaka....thumbs up!! tabik spriiiing~!!... miss nyew kat cgu2....
cgu mimi, cgu aisha, cgu hasran, ust fauzi, cgu sabri, cgu ros, cgu muhiii, miss zie, miss sha, cgu zamrina..... luv u all!!!! muahx!

haha... nak describe sorg2 membe plak...start ngn..

ASRUL: aka.. astro...hihi.. die seorang pres kelas yang sengal jek... but sentiasa muke kool... (xtaw rr dlm hati serabut cmne..).. very komited..since die jadi pres rrr... mse form4, huh! susah nak nampak btg idung... slalu bising x pasal2 jek kat dlam kelas.. haiyaaaa....
UMAI: nama diberi.. nurul umaizah..aka.. umang2,umai dan nelayan berjaya!!! wahaha... dah byk ikan dah ke umai??..keke.. die nie vice pres yg mantop! sonox tgk die kelam kabut... die slalu ske cari gaduh.. lagi2 ngn asrul of kos... trademark die "comel".. ntah xtaw ape yg comelnyew...yg pasti, kite lagi comel dari awk umai!!! wagagagaa...






nak describe sume org... tp, panjang sgt plak post ni.... keke... tp yg pasti, luv u all very much! bile kte nak wat grand reunion ae???? 10 taun lagi kah???? wee.... harap2 tym tuh kte dah kawen.. hukhukhuk...

Saturday, May 29, 2010

Cinta datang...tanpa diundang...

hehe..post kali ini mengenai perasaan yang sememangnya setiap orang x dpt nak ketepikan...
suka
sayang
cinta
pada org yg bukan muhrim....

aku slalu ditanya org, 
"eh, x pnah kapel ke???"
"wah...muka nampak mcm pnah kapel jek.."
dan jawapannya simple jek... TAK SUKA!!!!

nak kata xde perasaan, menipu rr kot.... tu kan fitrah manusia... tp, just mmg x ske kapel..
sebabnye... personal and private... unless klu direct tanye.. aku jawab jek rrr

then lpas jawab soklan td, soklan ni plak yg common di tanya..
"kenapa x ske kapel???"
kapel tu haram.... explaination die....
aku copy dari seorang sahabat aku... tanx sahabat!!!

"
Kami tidak berzina!

-Maaf saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

-Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu.

-Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemah menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tidak pernah bersua muka pon!

-Betul. Tapi itu adalah sesuatu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya/?

Takkan nak berbual-bual pon tak boleh? Itupun zina ke?

-Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi.Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki berzina dan zinanya adalah menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman.(Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan penzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja*(bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)*

-Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hyambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atid.

Sungguh! Berbincang pelajaran sahaja! Ni study group.(bagi kes berdua-duaan sahaja)

-Study group….?Nampak lain macam saja. Manja, senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group brdua saja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran.?Jangan-jangan sekejap saja berbincang pelajaran,yang lain tu………banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Kami berdua sama-sama belajar. Study group.Saling memberi semangat dan motivasi.

-Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri bercinta?

-Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud dalam diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan dating untuk membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak menyuruh membunuh naluri seperti yang dilakukan paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong ada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu dating tanpa diundang. Ituadalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu dan patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.


Tentu ada cinta secara islam.

-Cinta secara islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab Kabul, cinta selepas kahwin.Itulah cinta suci dan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan islam. Apabila islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut dari dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan?

-Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin. Baru semalam, bukankah mereka sudah hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang bercinta tetapi tetap selamat tidak berzina. Kami tahan diuji!

-Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia tidak tahan diuji?

-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok khuldi.(jika kamu menghampirinya)maka kamu adalah orang-orang yang zalim.(al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi.Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka memakannya. Demikianlah dengan zina.Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan adalah dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas berkahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin.

-Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh lakonan dan kepura-puraan. Masing-masing berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, pemurah, penyabar dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang pujuk. Jangan harap selepas kahwin, bila merajuk akan ada orang yang pujuk. Banyak orang tertipu dan kecewa dengan keperibadian orang semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar…sanggup tunggu pasangan berjam-jam.Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. JAdi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

-Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan hanyakepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mendapatkan kebahagiaan tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudah canggung, bagaimanakah kesudahannya?

Jadi seolah-olah orang bercinta telah hilang maruah diri?

-Mengukur maruah diri bukan ditentukan manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. CIntanya ditumpah kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah taala.

Kami telah berjanji sehidup semati!

-Apa ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan saja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

-Tahukah hati budi lelaki?Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan ibu anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

-Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah : Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya( yang memelihara diri dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (surah Al-Ahzab:35)

Bagaimana kami?

-Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

-Taubat yang murni. Taubat sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat : Tinggalkan perbuatan maksiat,Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk yang menjurus ke arah percintaan. Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum kahwin, semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambaMu ini berdosa…Amin yarabbal alamin…

-Moga Allah terima taubatmu. Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana! "Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kepintuMu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka."


itulah antara xplaination yang dapat aku nak kongsi ngn rakan2....
so, marilah kita cinta kepada Allah, kerana cinta itu lebih agung dan abadi..
kepada ladies, 'jadikanlah dirimu seperti epal yang berada di bahagian atas skali di pokok. walaupun susah untuk dipetik, hanya jejaka yang benar2 hebat jek akan datang untuk anda... even tiada sesiapa yang dapat kutipnya, epal itu akan jatuh ke bawah dengan penuh bermaruah,," hehe btulke ayat ni... huhuhuhu

Friday, May 28, 2010

bersatu teguh, bercerai roboh!



alhamdulillah pada kali ini, saya  menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Aktiviti 2, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Fatimah mengucapkan segulung tahniah kepada semua ahli JKM yang sedia berkhidmat bersama-sama dengan saya dan warga kolej untuk memajukan aktiviti di kolej tercinta kita ini...keke....

di sini saya ingin mengajak kepada semua rakan-rakan seperjuangan agar sama-sama kita bersatu hati bagi mencapai matlamat hidup kita terutamanya di universiti ini. sebagai ahli JKM, kita perlulah berganding bahu dan menanamkan azam dan semangat serta niat yang suci dalam menjalankan tanggungjawab kita terhadap kolej...

sekian, terima kasih..
(huhuhu!! maju JKM KTF untuk negara!! kekekke)

selingan: 
sorak ala canggung~
ala canggung KTF, are you ready!!!! (layan)
3,4.... ala canggung, ala canggung... (eh waaah)
canggung datang dari  Tun Fatimah...
siapa hebat...(Tun Fatimah)
siapa comel.. (Kami juga)
ale...ale ale ale~~~
(2x)

Wednesday, May 26, 2010

salam akhir.... salam yang teristimewa~~~

hehe... Assalamualaikum kepada semua..
tajuk post kali ni xde rrr menggambarkan cerita sebenar yang nak diceritakan.. huuhuh

actually, i really miss the time when i really have time to post something interesting in this blog. sorry to Asilah who has been waiting for my latest news to be shared in this blog.... glad ya cla~ i put ur name in this post tau!!!

now, i'm siting alone in the psz (library utm) waiting for the novel section to be opened! huhuh.... dah lama kot tunggu... 1 hour and 30 minutes +++ huuhuu....... semata2 nak dapatkan buku Breaking Dawn by Stepenie Meyer.... nak pinjam sangat2!! (malas nak beli..keke)... harap2 ada.... huhuhuuhuhuhuhu....

mujur tadi terserempak pidot...huu... ilang sket kebusanan untuk beberapa minit... kecian die... die x cuti sebab die ade short sem... pe2 pun,  all da besh pidot!!!!! kekeke~ nnt dapat duit laptop belanja aku!!! huahuahau :D